hanyalah OMONGAN KOSONG yang dapat aku luahkan
'make it different'


Monday, October 24, 2011

TIME

when the time is running what do you think? don't mess it. i know what can be happened when you loose the time. get shocked? maybe? but who knows right? APPRECIATE the TIME!


Friday, September 9, 2011

anugerah dalam ujian

Assalammualaikum w.b.t pada semua rakan-rakan blog yang mengenali diri ini atau sebaliknya.
tajuk yang diberikan bukanlah satu daripada ujian yang pernah aku alami. tetapi ialah ujian yang akan mendatang. keterpaksaan atau pun keredhaan hanya aku dan Dia yang dapat mengetahui dan merasai. mungkin ini adalah satu daripada beribu atau berjuta yang aku akan alami. lepas satu yang lain pula mendatang. kerana duit aku jauh. kerana kebendaan aku riak. tapi tak mengapa masih ada yang memahami dalam toleransi antara ummah. kalau ini yang Kau berikan aku bersyukur tetapi janganlah terlalu berat untuk aku menanggung. kesilapan lalu hanya cebisan kealpaan diriku kepada Mu. aku mohon Kau berikanlah petunjuk kepadaku Ya Allah! berikan aku kekuatan. kepada yang membaca  harap dapat memahami. aku masih disini. Tolong Ingatkan Aku.
Wassalam. sekian.

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Monday, August 1, 2011

wordless 30 in days : RAMADHAN al - Mubarak

ucapan ikhlas dari saya kepada semua muslimin & muslimah seluruh dunia. termasuk keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sewaktu dengannya. dengan izin Nya dapat kita menikmati bulan Ramadhan tahun ini iaitu 1432 Hijrah dalam kalendar Islam pada tahun Greek 2011. dengan ucapan Selamat Berpuasa saya menyeru kepada semua, hendaklah kita tinggalkan semua laranganNya dan memperbanyakkan semua yang yang disuruh olehNya. perbanyakkan membuat ibadat dan kebajikan untuk mendapatkan ganjaran yang berganda. InyaAllah.

p/s : jom tengok video ni. [IniAnwarHadi]

#15 Pesta Ibadah

Monday, June 27, 2011

Beats it! Bass it!

selamat dinihari semua[pukul 2.45a.m]
waktu yang sepatutnya aku tidur untuk bangun awal besok. tapi. . .
mata aku tak nak mengatup[tutup] malahan membulor[segar].
padahal besok keje kene bangun awal & sampai awal. hahahaha.

ni aku nak cite sikit pasal gadget & application[best of the best!!]

Gadget[audio]
korang taw tak Beats by Dr. Dre ?
kalau tak tau tekan lah. bukan sebarang tapi mengarut pun ada.

Dr. Dre

aku nak cerita pasal ni!
[for Portable Media Player, HandPhone & SmartPhone]

cuba teka harga earphone ni berapa??
RM100,200 or 300. oh! murah.
ni harga dia yang sebenarnya RM960.00[tak masuk akal betul]grr. .
tapi kualiti dan jaminan memang 99.99% terbaik dari ladang dude!
selalunya yang pakai ni memang loaded arhh!![anak datuk@orang kaya]
tapi beware of pirated design[same but no quality]

p/s: jangan pentingkan harga tapi pentingkan kualiti dan jaminan baru mendapat kepuasan.
[jangan pulak bergaya tapi papa kedana] DONT BE!


Application[audio+utilities]
One Love[one more love]
kenal tak quote album tu?
kenal tak makhluk ni?

dengan ribuan peminatnya

bila beraksi dengan mixpadnya

dan juga DJ Award yang telah dimenangi. =DD

memang aku minat dengan dia sejak first song yang dia buat. aku pun lupa apa nama lagu tu. haha.
dia banyak buat lagu or mixaudio ft. dengan artis RnB or bla3. tapi best lah. dia buat music HOUSE[trance] + TECHNO : Remix. memang terbaik. info lagi tekan ni : David Guetta

sekarang aku nak cite pasal Application terbaik dari dia : 

ElectroBeats by David Guetta
info : Google.

Application ni fully trusted by Apple Inc.
Untuk masa ni app ni hanya untuk iPhone & iPad. untuk versi phone lain tunggu version cracked. haha. aku sempat gak test. tapi susah + agak kekok first time guna. pelik pun ada. jom kita tengok Owner App yang guna :

best of the best lah kalau guna iPad. =DD
[by david guetta tu]

_layan_

app ni boleh dimuatturun secara percuma kat iTunes.
tekan ni nak download : ElectroBeats by David Guetta[free]

so dah download and try lah puas2! [be the pro more than the DJ's]

p/s: penggunaan hanya untuk persendirian. bukan untuk dijual. sekian. =)


jom layan David Guetta kat Youtube.com

http://www.youtube.com/user/davidguetta

Sunday, June 26, 2011

So Far Away

korang kenal tak dengan band ni :


cuba teka ?? hehe.

kenal tak ex-drummer band ni. orang yang paling belakang sekali [5th]. pada yang minat tu tak patut korang tak kenal. yang kelima tu The Rev[R.I.P] la. sape lagi kan. hahaha.
meh sini aku kenalkan sape drummer ni.
nama sebenar dia James Owen Sullivan(9 Feb 1981 - 28 Dis 2009) Huntington Beach California.
drummer terhebat di USA dari A7X, mati kerana OVERDOSE drug. memang sadis! tapi dah ajal kan. dah legend dah~
nak tahu lebih tekan ni : The Rev

A7X gak ada wat lagu tribute untuk The Rev ni. jom kita layan =DD




tapi bila nga layan lagu dalam video klip ni aku rasa sedih/hiba. tak tau kenapa. lirik nya sungguh mendalam. buat aku terpaku dan mengingati peristiwa yang lalu. buat masa yang terdekat memang aku dok layan syok lagu ni dari rumah sampai tempat kerja or dimana saja. hahahaha. memang wonderful one lah.hehe. .

yang lagi satu lagu yang aku minat gak. .Seize the Day.[best wooo]



tapi kenapa lah eak A7X nak buat konsert kat Malaysia ni tak lepas[disqualified]? disebabkan music hardcore diorang ke[sigh]. aku rasa tak!!!
biasa je kot. sesedap lagu Victim bila nak tidur. hahaha. buat aku kecewa pun ada bila A7X di-banned oleh para2 gomen. huhuhu. tak pelah. it's okay dude!

lastly aku nak ingatkan kat korang jangan menilai seseorang dari segi paras rupa. penyesalan yang akan kau terima. sekian. [leave your comment]

p/s: Welcome to the Family.


Thursday, June 9, 2011

oh! tidak : sharing file web di BLOCK!



news ni aku dapat bila terbaca kat blog bro ni [bila tergigit halia].
tapi aku tak tahu lah betul ke tak. =| damn it!

antara web yang nak di block :
movie2k.to
depositfiles.com
duckload.com
dan lain2. .

tapi paling aku TAK PUAS HATI bila thepiratebay.com pon diorang nak block. tapi kenapa lol. sumber aku mencari barang baru tu[movie.software.game.utilities] . apa salah seyh web diorang. bukan bawak ancaman dunia pon. just yang menggunakan tu tanggung lah sendiri. adoiyai!

tapi yang bawak masalahnya tu ialah bila INTERNET kat MALAYSIA ni bila nak laju. semua bawah 10mbps package for home user. broadband pekak plak tuh! hurmmm. . .[aku bayar beratus untuk sebulan] tapi hampeh. grrr. . .

kemajuan teknologi masih berterusan dan menarik. tapi cuba jangan kedekut. biarlah web sharing tu. PORN web sepatutnya diblock serta merta. aku dok servis pc org melambak BLUE. rimas aku!

kepada yang berkenaan tolong lah eah. teknologi dan kemajuan dikongsi bersama. sekian. .

p/s: kat malaysia ni barang pirate melambak jugak kalau diorang block.[pc kuliah kat kelas aq pun pakai pirate windows] apee daaa~

berita tergempar di MUAR! TERKINI!

 
PUSPEN : Sengkang Bukit Gambir Muar Johor

rusuhan telah berlaku pada awal tengah malam ini di pusat tersebut. rusuhan dibuat oleh pelatih2 / penagih2 yang ingin meloloskan diri. beberapa fasiliti telah dibakar dan beberapa pelatih berjaya melarikan diri dari pusat tersebut. tetapi dapat dikawal apabila pasukan gerakan khas @ FRU tiba disitu. beberapa jentera bomba digunakan untuk mengawal keadaan kebakaran. ROADBLOCK telah dibuat di sekitar muar. dan operasi mencari & memburu sedang dilaksanakan. pada bulan yang lepas 2 orang pelatih dapat meloloskan diri dan diketahui oleh saya hanya seorang sahaja dapat dijejaki.
harap penduduk disekitar muar & bukit gambir ambil langkah berjaga2 dan jangan cepat panik. be professional ya. berita selanjutnya di akhbar tempatan esok edisi Johor & Semenanjung.

p/s: takkan lah diorang nak pergi GSC nak tengok KL Gangster. =DD

Tuesday, June 7, 2011

motorKU kapcaiKU hidupKU C70KU

setelah separuh abad 'superbike' aku steady di dunia. aku baru separuh abad menggunakannya. tapi memang lah nak kata kan. bukan SUPERBIKE just kupcaibike[heritage transport]. haha. ni aku nak story pasal moto aku. haha.
lepas aku x-cident after years at 2010. aku hantar lah bengkel nak repair kasi habis + touch-up lagi. hehe.
then lepas sebulan dua aku pakai moto nie kene curi dah coz diorang jeles ngan sport rims 7 bilah stroke aku. )RIDE IT! USA (RMx99.00) [teka lah berapa-haha!]. lepas seminggu polis ronda jumpa moto aku kat area muar(bkt. pasir). aku datang lah nak ambik moto aku. sekali tengok CEPOTYEM aku je hilang yang lain tak nak amik. tapi si pencuri tu tukar dengan rim besi AAP[original honda]. kira trade in aku rugi lah. grrr. . . =|

masa nie baru lepas dapat. burokkk!!
[p/s: no plat depan pon tak pasang lagi. haha]

then lepas sebulan dpat moto nie aku men gila jap[modified engine n bla3(upgrade skit!!]
peringatan aku bukan rempit yang tak ikut undang2! tq. nampak helmet kat seat aku tuh!! hehe.

sampai sekarang aku stay je ngan moto nie. sayang lol!
then aku rasa nak upgrade lagi & touch up lagi. hehe
aku nak buat mcm2 lah. antara nya?

nak spray@cat hitam metallic.


nak pasang disk brake belakang. =P

dan ini juga! tapi warna hijau lah. hehe.





CONTINUE. .

Friday, May 20, 2011

con.F.U.S.E

Assalammualaikum w.b.t & selamat pagi,tengah hari,petang, dan malam kepada semua blogger yang aku kenal dan mungkin juga baru kenal. pembuka bicara aku ucapkan pada korang semua yang sedang beristirehat ataupun sedang bekerja ya. yang sebenarnya aku dah tak tau nak post apa kat blog aku ni. berkecamuk dalam fikiran aku. orang JAWA kat 'kesuer'. arek ngomong nge ora ngerti seng ngarep temen2 yang nyong kenal. dok opo lah eak. (harap tanya kalau tak faham). hohohohoh. sekian. . =]
p/s: kalau aku rajin nanti aku post yang terbaek ye!


Monday, April 25, 2011

apa ada dengan TORRENT?

korang taw tak apa dia tu Torrent?
mari sini aku terangkan dan mungkin juga ada yang dah tahu.


Torrent adalah sistem peer-to-peer yang menggunakan protokol perkongsian file yang digunakan untuk mengedarkan sejumlah besar data. Torrent adalah salah satu protokol yang paling umum untuk memindahkan fail besar, dan telah dianggarkan bahawa menyumbang sekitar 27% - 55% dari semua lalu lintas internet (bergantung pada lokasi & kelajuan internet).
Sistem ini telah dicipta oleh seorang programmer iaitu Bram Cohen pada April 2001 dan mengeluarkan sebuah sistem pertama pada tarikh 2 Julai 2001.



Banyak program yang telah dicipta untuk menggunakan torrent ini. antaranya ialah BitTorrent, uTorrent dll. disini aku syorkan korang guna uTorrent sebab kelajuan boleh tahan lah. terpulang pada package internet yang korang pakai, makin mahal package makin laju lah internet. hehe. Kepada pengguna broadband sila tutup mata(hanya pengguna yang ada ADSL[streamyx or UniFi] sahaja yang aku syorkan). haha. chill ya! aku nye speed sampai 3.8mbps(4mbps package). average 2 - 3mbps dapat aku gunakan.

kat sini aku locate web Torrent yang selalu aku surf. korang boleh download latest movie, album song, games dll. memang best lah. tapi jangan lupa register ya! kesabaran anda amat dihargai untuk memuat turun(lama gila!) tapi puas!. sehingga beratus giga or tera korang boleh upload/download. pada yang selalu beli game pirate tu tak payah lagi buang duit beli games! download je senang. corrupt file? delete then download another file. easy right! apa2 pun aku ingatkan korang sentiasa amalkan sikap ketelitian yang tinggi sebelum download torrent!(virus & spyware besepah). firewall & internet security pastikan selalu update!


link:-
Torrentday (terbaik lah!)

p/s: DOWNLOAD AT YOUR OWN RISK!

Sunday, April 24, 2011

special dedication for Classmate!

salam jabat kanan bertemu kembar. memberi kepada, ikhlas menerima. Assalammualaikum w.b.t. kepada semua classmate yang amat aku hormati especially pada yang tua. hehehe. jangan mara ye WNM. ngeee~! bermula pada hari pertama aku kenali korang, agak renggang aku nak berkenalan, tapi tak mengapa aku peramah orangnya+sukeesukii.(masuk air). bermula subjek pertama & terakhir dari awal semester sampai lah akhir semester. aku tetap macam ni. (:
Yang sebenarnya aku nak wat ucapan khas untuk korang semua.hehe
1st - AKU NAK MINTA MAAF DARI HUJUNG JARI KORANG DAN SAMPAIKAN DI HATI KORANG YANG MURNI TU. harap sesangat!
2nd - DOAKAN AKU AGAR TETAP INGIN BELAJAR HINGGA KEMUNCAK DESTINASIKU.
3rd - HARAP JANGAN RINDU-RINDUAN YE. ADA REZEKI KITA JUMPA NANTI.
4th - GOOD LUCK PADA KORANG YANG DAH BERUSAHA SEDAYA SETINGKAT SETINGGI PUNCAK MENARA KAWALAN RADIO.
hehehe.
5th - YANG PENTING! JANGAN LUPA KAWAN WALAUPUN ANTARA KITA ADA YANG BERMUSUHAN!
ingat kan diri sendiri. jangan cuba selingkuh! aku harap pada korang! k. .see yaw!
LOVE YOU ALL SO MUCH! <3

  by Nabil | KUMAH
eSRian

terAKHIR! di UiTM

Alhamdulillah. Syukur padaNya dengan mudah aku menghabiskan semester ni dengan penuh cerita. Duka dan Lara menjadi tambahan pada resepi kiasan dalam hidupku yang penuh dengan cabaran dan rintangan, dan tak lupa juga pada yang manis mahupun masin. hahahaha. merapik lah! okay3! straight to the point. . . ! yang sebenarnya aku nak ceritalah kan sangat kan cik Gina. huhuhu. . (woi! mok jgn ko nak mara). penghabisan semester nie habislah EXAM yang aku hadapi selama 3jam untuk 1 paper. yeke~! ntah! whatEVER! i should be alive! forever after and bla3! setelah menghabiskan tulisan terakhirku didalam kertas jawapan, aku berhenti, dan menulis '. . .was here!' pada meja. hahahahaha. dan terus balik menuju ke kolej kediaman ku yang berada pada tingkat 2 area wing B. masuk bilik! setup & clearance the room! lets go dude! aku n pejal pun kemas dan sepahkan bilik sebentar selama 1jam agaknya.dah settle! aku pun berehat sambil termenung pada hari terakhirku di dalam bilik. tapi entahlah! jauh aku berfikir. .ke mana aku selepas ini?!! KERJA - BELAJAR - RTM? choose that! ehm. .mestilah STUDY sampai muntah ilmu. hahahaha. that's right bebe! tapi kerinduan juga pada roomate dan teman2 ku yang masuk air! GENDUT,KATEQ,CHITY,LAN,ANEP,REIN,WAN, and bla3! i miss you! nak gado! hahaha. tapi tak mengapa, ada rezeki kita jumpa nanti sahabat! aku sayang korang, tak sayang aku tak apa! huhu. k lah. .see yaw! sob3! (T.T)


Saturday, April 16, 2011

final exam!

hohohohohohohohohoho. pejam celik da nak habis semester. atoiyai! nak habis sem mestilah ada exam ye. err~ EXAM! hah! nervous aq taw. apa2 hal memang aq akan buat yamng terbaik untuk mendapatkan pointer terbaik. 3.5 ++ . do hard get smart. InsyaAllah. gud luck all's that have same feels like me! hehehehe =P


Saturday, March 19, 2011

study. .study. .study!

pertengahan semester dah nak berakhir. aku camni je lah. dok pk psal final exam sampai blog pon tak ter'update'. kesebokan jadual kelas ku yang tersangat lah PACK. sampai mkan,tido,rehat pon tak ckup. ehhm. .maybe habis sem ni aku akan update sebanyak yang mungkin, jadi tggu je lah eh. doakan kejayaan ku wahai shabat! chill ya! luv you all <3. (:

don't get failure in yours. by DANTE

 peneman sebelum final exam :P


Saturday, March 5, 2011

PiKOM PC FAiR

hari yang indah ialah hari yang percuma keluangannya. err. .yeke. terpulang lah pada korang nak menilainya sendiri. ok2, sebenarnya aku nak cerita lah yang hari ni sebenarnya aku pergi dewan jublintan muar dengan tujuan nak cari barang lappy aku ni. actually aku da lama nak beli benda ni. tapi tak menyempat lah pulak. so hari ni keluangan yang banyak aku pun menggunakannya dengan sebaiknya. haha. . merapik lah.


fuhhh~! memang murah lahPC FAIR ni. tapi stern2 produk ni ada gak yang mahal, (: bukan semua murah. aku tak cakap yang diorang tak buat offer, just frequently computer product ni memang mahal kebanyakannya. first thing yang aku fikir ialah ADAPTER CHARGER yang teringin sangat aku nak beli dari bulan lepas. mimpi ngeri aku tengok harga produk HP/Compaq yang original. errk~ =,=' tapi yang lebih penting memang aku mementingkan kualiti dan jaminan. biar mahal asal tahan lama. sebab aku beli ni pun kerana adapter lama rosak, biasalah. . barang apa yang tak pernah rosak. selama seminggu aku survey harga adapter ni, dari member2 sampai lah ke ruang tanpa sempadan(internet). rating antara RM180 - 200, pergghhh! seram sejuk aku tengok harga original adapter. beza jauh dengan low ya punya barang, beza 100 ada kot. adoi! sekali aku tengok kat pc fair, perghh. . ! murahnya. . ! original beb. . ! terus aku gapai kat booth HP. tanpa banyak tanya aku terus beli, bayar, dan blah~!(reset aku tak lupa). haha. . adapter yang aku dapat ni spesial sikit sebab dah macam 3 in 1. semua lappy boleh pakai adapter ni. senang lah kerja aku nanti.
ni gambarnya. .nahhhh~! tengok sampai juling. . peace yaw!

slim ac adapter by HP

Sunday, February 27, 2011

lagu mengajar ku erti kehidupan. SiNG iT RiGHT!

hari-hari korang dengar lagu kan. tak kira lah lagu apa, genre apa, style apa? yang penting menghiburkan hati korang. betul tak? yang sedih, yang gembira, dan yang pelik pun ada. haha (: . tak kiralah dari iPod, iPhone, or iPad korang(promote Apple Inc.)hehe. tapi selalunya korang dengar kat handphone je kan. sememangnya aku memang minat lagu@musik@band daripada luar. tak tahu pulak kenapa ye~! mungkin aku rasa minat aku pada bahasa luar kot etc. ENGLISH. ya! it's right, improving my langua from our song. starting with Westlife. hahahahaha. then, country song and at the last hardcore song. so easy like 1,2 & 3. and this the most 3 band's i like their voice. UNiQUE voice dude! tuuuuuttt! malay please? ok. hehe. tak lupa jugak pada lagu@band lama (Nirvana) rock the world bebe! 
tapi yang paling penting ialah the most three band yang paling aku minat tu. penuh dengan pengertian & pesanan. chill ya! (:

 Daughtry

 3 Doors Down

Nickelback


kalau nak dengar lagu diorang. korang boleh lah tekan link yang aku dah sediakan tu. tak pun korang boleh dengar kat mySpace-beta. senang-senangkanlah masa korang eak. aku tak paksa. buat masa sekarang ni aku tengah dok melayan lagu hardcore-metalcore. ofcourse aku tengah layan lagu A7X. faham tak? kalau tak tekan kat link under cover album tu. senang kan! 

A7X

tak lupa gak pada lagu grunge@rock yang pernah aku layan dulu. memang best of the best in the year lah. hehe.

Nirvana


p/s : jangan tenung lama2 kat cover album tu. :P


so, camne? apa pendapat korang ye tentang musik@band ni? komen je. jangan banyak tanya. haha. dan korang jangan lah lupa untuk berkongsi dengan aku apa musik@band yang korang minat? tak kira lah local or international. ROCK IT! (:

Saturday, February 26, 2011

CiNTA

ada apa dengan cinta? kasih sayang? ya! memang. tapi begitulah adat orang bercinta, memang aku tak nafikan. tapi berlainan dengan cara aku. aku anggap subjek ini sebagai satu ANUGERAH daripada Nya. aku akan terima sahaja apa yang diberi dan diluangkan pada aku. aku bersyukur dengan nikmat Nya. sungguhnya aku mestilah mampu memanafaatkan peluang ini. yelah, aku pun sememangnya tak ada yang nak kan dengan aku. sabar je lah~!. huhu. selalunya aku sering mencemburui orang sedang bercinta ni tapi berkekalan ke? aku pun tak dapat nak pastikan yang penting diorang bahagia disamping yang tersayang. mungkinkah ini trend atau pun musim mengawan kot? haha. tak dapat aku nak ungkapkan. senyap je lah, malas aku nak masuk campur tentang-tentang subjek ni. ikhlas ke diorang bercinta ni? ataupun hanya mahukan kepuasan sampai terjadinya ZINA(wala takrabul zina). Astarghfirullah hal 'azim! jauhkan lah daripadaku, Amin! (:



soalan cepu perak aku hari ini ialah(aku tak da emas,hehe). apakah peranan percintaan kini untuk kebahagiaan institusi kekeluargaan pada masa hadapan? apakah akan terjadinya ZINA jikalau tidak dipantau sebaiknya? harapan aku adalah ingin mendapatkan cinta yang hakiki, cinta itu sebenarnya suci, jadi sucikanlah sebaik-baiknya. see ya! Assalammualaikum w.b.t.

ini adalah petikan yang aku dapat dari sumber mukabuku.com. heheh (:

Puisi Chintee
Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betoi... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik uuuui yai... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada
problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Bahagie nye dapat pakwe macam die...
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang muslimah...
Mesti seronok kan
, kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalau anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati cam gitu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Friday, February 18, 2011

berKawan berKasih berMusuh

tolak hati nak aku kata pelik tak ada lah benar sangat kata dia tu. ke hulu hilir aku tengok dia mencari kawan. memang dia bijak mengatur misi yang dia hadapi. tapi entahlah mungkin hanya sikap dia sememangnya sebegitu. bermula aku nak cerita tapi ada lah stern2 orang yang dah tahu. so dengarkan je lah. dari mula aku lihat dia dalam kelompok yang baik agaknya, antaranya keaslian dan keperempuanan dia terserlah. mengada aku melihat, menjelik aku ketawa. selamat hari itu dia tak perasan sedangkan aku merenung dia selama beberapa detik. tak selamat aku nanti kalau dia perasan(hidup segan mati tak mahu). kenal selepas seminggu, beria-ria aku mendekatinya. setelah minggu kedua selepas kuliah. aku berantam dengan dia kerana tersalah anggap yang kecil peribadi hal nya. aku emangya menyendiri di sudut anak mata kecilnya, jauh aku dengan dia sejak angkara hari itu. salah bererti ketakutan yang dalam dan mungkin menjadi igauan setiap masa dan nafasku. mungkin cuma dia perlukan masa, tapi aku tak sangka dan aku tak percaya sedangkan bual bicaranya sungguh indah tapi dibelakang menjadi tirus yang mematikan cerita hati ku. kisah aku dan dia bertukar menjadi pertelingkahan di dalam lubuk hati masing-masing yang tidak mahu meluahkan api yang sedang membakar jiwa. tapi aku hanya membiarkannya menyendiri tanpa menegur kelibat lalu aku atau dia. aku lihat, lihat dan lihat. sudahkan aku takkan maafkan dia selagi dia tidak menegur aku dengan seikhlas hati nya yang mungkin aku tak dapat nak menahui yang lalu. aku biarkan dan abaikan. kawan menjadi kasih bertukar musuh. selangkah aku lupakan kenangan itu. . . KOSONG. (aku redha dengan ketentuanNYA)


fenomena : Jersi Malaysia(2011) Fesyen atau Semangat dalam Sukan.

 IKUT JEJAK KAMI


kini ramai yang menyarungkan jersi Malaysia tidak kira siang, malam, pagi, petang. termasuk aku sendiri(semangat beb). haha. termasuk lah jersi original, ciplak dan gred A. bukan nak menafikan semangat korang dalam aktiviti bersukan. just aku nak tau je pendapat korang tentang peranan bola sepak Malaysia dalam arena kini. sementelahan aku pun tak minat local team dulu. tapi sekarang dah lain, only MALAYSIA in my heart!(poyo je). huhu. (:

muka ngantuk nak tido(time : 0230)


Saturday, February 5, 2011

*admin - announcement

tuan punya blog akan rarely(offline-online) blogwalking kerana sudah balik kampus. haha. tq. jangan lupa untuk follow ya! (:

Friday, February 4, 2011

jalan-jalan,pusing-pusing,rakam-rakam (MELAKA)part 2

hallo3.hah! korang buat apa tu. mesti lah tengah baca blog aku kan. ish3. ni merupakan part kedua & yang terakhir epilog ceritera ku melancong ke melaka(macam oversea je). huhu. last, aku story kat tg. bidara kan. so aku nak sambung balik cerita tour@trip ke tempat yang lain pula. sebelum berlepas ke tempat yang lain(macam naik flight je, padahal bas!) haha. diorang declare nak pergi MTS(menara taming sari) dekat dengan PP(padang pahlawan mall) MP(mahkota parade).  so kitorang pun decide lah nak pergi ke sana. sebelum bertolak, kitorang shooting lagi(idea aku). kenangan tau. haha. jom tengok (:

    吸収(teknik penyerapan cahaya). haha. dari kiri; hasan, ahmad, afiq(pei hwa) & nabil(me)
SHOUT IT! arrrgghhhhh! jeritanku! (kepuasan) - that's me!

that's all at TANJUNG BIDARA. dari kiri; zaid, mamat, jiji, asan, amat, & AKU. (credit to siti haniza for this)

laut-air-garam! habis sudah~! (:
setelah habis shooting dan bla3~ kitorang pun berkumpul then terus naik bas. kitorang bertolak dari tg. bidara pada pukul 1230 untuk menuju ke pusat bandar. 

1305 - PADANG PAHLAWAN
kira-kira 1/2 jam masa untuk ke bandar melaka. so, dalam perjalanan tu harok(kecoh) 1 bas. seronok 'gila'! bual punya bual, bising punya bising, sedar tak sedar dah sampai ke destinasi yang kami tuju. kitorang turun bas kat muzium samudra(yang ada kapal besar portugis tu). driver bas cakap limit sampai pukul 1800 je(sekejap nya, atoii!). first sekali dalam kepala aku ialah MAKAN! tapi SOLAT tetap dan mesti! aku dan yang lain-lain pun menjajau(mencari) surau kat PP. nasib baik jumpa. got it! huhu. lepas solat Zohor, masing-masing perut dah berkeroncong lagu kopratasa(lagu untuk ana) ngee~ .kitorang pun berSEPARATED. first place yang aku ingat nak makan ialah Mc'D. tapi memandangkan 3 yang lain(amat,jiji,asan) nak makan KFC, so ikut je la. haha. ku mengORDER X-Meal Zinger Burger & air Mountain Dew. sedap naa! kekenyangan aku. yang lain ada yang makan kat Mc'D & BURGER KING(orang kaya, so expensive). errgghhh! selepas makan dan beristirehat bersama winston. kitorang plan nak main bowling(bukan semua nak main,ada yang karaoke lah & macam2 lagi) atoi! oh! tidak lagi dimana kau fulus! habis lagi lah nampaknya. haha. jom main bowling. hooray!

 gaya juara terhebat. huhu. (syed)
  rileks! bola itu berat. (hafiz)

korang mesti tahu kan tempat yang kitorang main bowling ni kat mana. of course la dekat MP(ampang superbowl). haha. dari pukul 1400 sampai 1700 kitorang bersukan. tapi aku setitik peluh pun tak keluar. at least aku bowl juga kan. huhu. lepas bowl kitorang pun pusing 1 MP & macam-macam lah kedai kitorang singgah walaupun tak beli. window shopping lah katakan(padahal duit dah habis). dah! siap! semua! jom balik! alaaaaaa~ tak nak balik, nak shopping(girls selalunya). he. *kidding. so kitorang pun gerak dari MP ke tempat menunggu bas. pak cik bas dah tunggu lama tau! tepat 1800 kitorang sampai ke hadapan bas(tepati masa). whoa! sebelum gerak balik, aku take a shoot dulu(addict).   

dengan bas pun jadi lah(aku bukan model bas ya!) (:

hey muar! i'll come to you! kitorang gerak dari melaka pukul 1810. dalam bas semua senyap. masing-masing buat hal sendiri. yang penting, aku nak tido. kepenatan sudah! sesedar sampai sg. mati dah pukul 1900. yay! dah sampai. nak balik rumah. home sweet home! so berakhirlah ceritera freak yang aku karangkan. sekian, terima kasih. Assalammualaikum. . . 
p/s : need your comment(don't negatively) (:

Wednesday, February 2, 2011

jalan-jalan,pusing-pusing,rakam-rakam (MELAKA)part 1

selamat datang bulan FEBRUARI & HAPPY CHINESE NEW YEAR! hari ni cuaca memang cerah dan memang sungguh memenatkan. tapi puas! sebab dapat jumpa kawan-kawan lama(old-timer) batch SMKTMI 2009. tapi bukan dapat jumpa semua lah. aku dapat dapat INFORMATION ni pun 2 hari lepas(alumni tour), limited booking pula tu. adoy! haha. ada lah seramai 30 students yang dapat pergi(fix boy-girl). kelas 1st sampai 3rd je yang dapat(kalau boleh nak ajak semua kelas), rarely yang senang dapat contact lah(tak tukar no. phone) itu pun ada yang CANCEL kan booking pagi tadi. aduss! memang rugi beb. sebab memang HAPPENING gila!(macam ye je). start journey tadi pukul 0830 walaupun LEADER kata pukul 0730(ada yang datang lambat include aku sekali. haha). okay lah. membebel pulak aku ni kan. whatever lah! let's start the journey with my crazee tale?!! (:


0900 - MELAKA
1st place yang aku(dan lain-lain) singgah ialah TANJUNG BIDARA. jom mandi laut! hoooray. . . !!(padahal aku tak mandi pun sebab malas. *aku tak takut air eah!). hehe. masa kitorang sampai pun macam tak ada orang je sebab awal lagi agak nya. kedai makan, souvenir and kraft pun baru kemas-kemas nak buka. kitorang pun ngadap pantai. then? OMG! apa lagi diorang dah macam 'gila' nampak air kat laut(masin beb!), so diorang pun faster macam pelesit tukar baju then terus terjun dalam air(yang girl lambat sikit). macam kanak-kanak riang RIBENA. kah3. aku? rileks saje lah(ada lagi yang join us tak nak mandi) haha. jom tengok gelagat kitorang (warning - 18SG). xp~
p/s:image kurang memuaskan kerana pixel hp ni hanya 3.2MPx.tq


bergembira bersama teman-teman~!(uit cik abang, pakai pelampung ke?)

peneman kesakitan? zahid & pei hwa(afiq) kesian, sakit-sakit,luka-luka pun masih ada semangat nak mengikuti tour? yeah! itulah yang kita mahukan. SEMANGAT!

kepenatan setelah berenang selaju 30knot akibat dikejar JAWS! insan yang tabah amir.

ku tetap tegap dan macho! inilah azizi, juara renang berkuak rama-rama kita! ahakz~

_GANG ATAS DARAT_

gua rock beb!(dalam hati ada taman) hasan dengan gaya metal nya diatas batu. haha

loving couple! not gay. hasan dan ahmad tersimpul senyum malu. *just kidding (:
 YAMAKASI 3. actor - nabil(me) & hasan. warning : don't do this at home.

SLOW MOTION(full trick). semua terpegun! photographer - proxxcams(me).

I c.o.n.FUSE. - apa yang diorang buat ni. pelik sudah~ haha.
setelah penat menyiksa tumit kaki dan lutut. kitorang stop dari buat kerja pelik ni(idea pelik hasan), sebab dah tercungap-cungap kepenatan. huu~ dah penat! apa lagi kitorang kedahagaan air. nasib baik dekat je warong dengan pantai. pekena teh tarik dulu! + bual kosong.
komunikasi di hujung jari. winston light(limited pack) pun kat hujung jari juga ya! model - ahmad & hasan. photographer - proxxcams(me).
cerita punya menceceh lagi mengarut and bla3. .oh! tidak dah pukul 1200 rupanya. time to blah dari tg. bidara yang masin air laut nya. bye2 pantai yang indah. next journey lepas ni nak ke mana? nak tahu tak? apa cerita mengarut lepas ni? kalau nak tahu, ikuti sambungannya lagi nanti. banyak lagi aku nak cerita. okay! see ya next episode?!! (: